Seroja;

Cempaka;

Cempaka: Apa benar cinta itu cinta yang sejati?
Seroja: Iya. Tentu sekali.
Cempaka: Tapi, jika tidak bertambah kerana kebaikan, dan tidak pula berkurangan kerana kelemahan, mana mulanya cinta itu?
Seroja: Mula cinta itu bukan dari kebaikan atau keburukan.
Cempaka: Sudah, mana mulanya cinta itu?
Seroja: Cinta itu datangnya secara fitrah.
Cempaka: Mana mungkin mencintai sesuatu kerana fitrah? Tiada permulaan yang cantiknya, yang manisnya, yang cerdiknya?
Seroja: Terus cinta itu datangnya daripada fitrah yang hakiki. Fitrah itu dari Islamnya.
Cempaka: Jadi Islam itu bukan kelebihan?
Seroja: Ianya lebih dari kebaikan.
Cempaka: Jadi bukankah itu daripada suatu kebaikan?
Seroja: Lebih kepada hakikat yang sebenar, perkara puncak yang paling sempurna. Paling menjadi timbangan pencinta sejati, jika cintanya itu benar-benar sejati.
No comments:
Post a Comment